Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Cocoa Collagen Shake - Minuman coklat berkolagen yang enak


Cocoa Collagen Shake Sendayu Tinggi - Cerah, Gebu dan Awet Muda

Kolagen semulajadi nerupakan satu sumber yang mampu memberikan wajah tegang, muda dan halus. Ia juga boleh menjadikan rambut menjadi lebat serta mencantikkan kuku dan kulit badan. Semakin meningkatnya usia, kadar kolagen akan menyusut. Tanpa pengambilan makanan tambahan seprti kolagen, wajah akan cepat kelihatan tua, kusam, gelap dan tidak anjal. Rambut pula semakin gugur dan menipis serta kuku menjadi semakin rapuh. Kini, Sendayu Tinggi memperkenalkan ekstrak kolagen yang dicampur bersama perisa koko untuk rasa yang lebih enak. Kolagen yang dipercayai kesannya sejak turun temurun di dalam membantu untuk kesan keremajaan atau awet muda. Koko pula dipercayai mampu meransang tenaga dan kecergasan sepanjang hati.

Keistimewaan Cocoa Collagen Shake Sendayu Tinggi:

  • Sebagai anti penuaan dan menegangkan kulit
  • memperbaiki struktur kulit, melembutkan dan mencerahkan kulit
  • memberikan tenaga yang lebih optima
  • melebatkan rambut
  • mencantikkan kuku
  • mengatasi masalah tumit merekah
  • mengatasi masalah kulit kering
  • mencergaskan tubuh badan sepanjang hari
20g x 10 sachets
RM26.90


Read More......

Traditional Herbal Rose Tea Sendayu Tinggi (Teh Uncang Jamu Wanita)

Campuran minuman botani Teh, Kacip Fatimah, Manjakani, Bunga Ros dan Pueraria Mirifica.
Uncang Teh Jamu Wanita

Apa itu Traditional Herbal Rose Tea Sendayu Tinggi?

Bunga ros atau mawar juga dikenali sebagai Ratu Bunga kerana ia sangat istimewa dan simbolik dalam kehidupan. Bukan sahaja keharuman, kecantikan serta nilai estetikanya tetapi ia juga mempunyai nilai teraputik dalam merawati penyakit. Pada zaman dahulu kaum Greek dan Roman menganggap bunga ros sebagai simbol kecintaan kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan. Lebih istimewa apabila ke semua bahagian bunga ros mempunyai khasiat yang tersendiri samada di bahagian kelopak, air ros, minyak pati ros dan buah bunga ros yang memberikan kesan transformatif kepada minda, badan dan pemikiran manusia.
Selain itu, minyak bunga ros kerap digunakan dalam campuran kosmetik untuk menggebu dan meremajakan kulit. Malah ia juga membantu dalam mencegah kulit berjerawat, menghaluskan kulit wajah dan mempunyai astrigen untuk mengecutkan tisu kulit. Daun dan kelopak bunga ros boleh membantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam kerana ia mengandungi laxative ringan. Bentuk yang cantik serta baunya yang harum menjadikan ratu bunga ini mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Ia juga bertindak sebagai anti radang, anti kejang pada anggota badan, penyegar, melancarkan aliran hempedu dan haid serta mampu mengurangkan rasa sakit.
Melihat keistimewaan serta keunikkan tumbuhan berbunga ini, Sendayu Tinggi (ST) telah mengambil inisiatif untuk memasarkan minuman kesihatan berherba dalam bentuk uncang gabungan teh dan perisa ros yang enak. Khasiat Traditional Herbal Rose Tea dari ST ini telah diadun dengan herba semulajadi seperti kacip fatimah (Lubisa Pumila), Manjakani, Bunga Ros dan Pueraria Mirifica yang mempunyai khasiat tersendiri. Dengan menjanjikan khasiat berganda dan kesihatan yang terbaik untuk wanita. Ia juga membantu mengatasi masalah kesihatan wanita dari dalam selain membantu melambatkan kesan penuaan, menurunkan berat badan, mencantikkan kuku, kulit, rambut dan payudara selain mengatasi maslaah sembelit serta melancarkan sistem peredaran darah dalam badan wanita. 

Keistimewaan Traditional Herbal Rose Tea Sendayu Tinggi (Teh Uncang Jamu Wanita)

  • membantu membaik pulih masalah dalaman wanita
  • dapat melambatkan proses penuaan
  • mengatasi masalah sembelit, masalah kewanitaan, senggugut dan melancarkan sistem dalaman wanita
  • menghalus, menegang dan mencantikkan kulit, rambut, payudara, kuku dan sebagainya
  • meransang pembesaran payudara
  • membantu membakar kalori bagi yang mempunyai metabolisma rendah
  • melancarkan perjalanan darah
  • melancarkan semula kitaran haid yang tidak teratur
  • meremajakan keintiman wanita
Khasiat ekstrak semulajadi

Bunga Ros
  • mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E
  • berupaya mengatasi masalah sakit kepala dan tekanan
  • melancarkan kitaran haid dan masalah rahim
  • mempunyai kadar kolestrol rendah yang dapat meningkatkan kadar HDL
  • mengatasi masalah hati dan ulser perut
  • membantu membakar kalori dan proses penghadaman
  • meredakan sakit tekak
  • merawat infeksi pundi kencing
  • menyejukkan badan (merawat demam dan selesema)
  • meransang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)

Pueraria Mirifica
  • mencantikkan, membesarkan dan menegangkan payudara
  • menganjalkan dan memantapkan punggung
  • membekalkan kolagen dalam badan
  • merawat osteoporosis dan simtom menopaus
  • anti penuaan

Manjakani
  • sebagai anti penuaan untuk tampil awet muda
  • meremajakan keintiman wanita
  • mengetatkan alat sulit wanita
  • mengatasi masalah haid berlebihan
  • membantu mencantikkan kulit, kuku dan rambut
  • sebagai anti bakteria dan mampu membantu masalah berbau di bahagian feminin wanita

Kacip Fatimah
  • melancarkan kitaran haid
  • mengatasi senggugut dan melancarkan sistem dalaman wanita
  • mengetatkan alat sulit wanita
  • meningkatkan tenaga wanita yang optima
  • menstabilkan hormon wnaita dan yang mengalami simptom awalan menopaus
Cara penyediaan:
Masukkan 1 uncang Traditional Herbal Rose Tea (Teh Uncang Jamu Wanita) dalam air panas (200ml), rendam selama 2 minit, buang uncang dan sedia diminum. Tidak perlu dicampur dengan gula.
Simptom awalan:
Bertindak dengan cepat selepas pengambilan dos pertama dan kebiasaanya akan mengalami beberapa simptom awalan dalam masa seminggu. Teruskan pengambilan Traditional Herbal Rose Tea (Teh Uncang Jamu Wanita) untuk mendapatkan khasiatnya. Antara simptom awalan:
  • Pueraria Mirifica - mengalami masalah sakit kepala, mual, muntah dan sebagainya. ( mual dan muntah jarang dihadapi).
  • Rasa sakit pada payudara.
  • Lelehan yang banyak pada vagina
Simptom adalah berbeza mengikut individu dan hanya bersifat sementara.
AMARAN: Tidak boleh diambil oleh wanita hamil dan menyusukan bayi.
15 uncang x 1 gm
RM29.90
Produk Tambahan:
  1. ST Beauty
  2. D'Folia
  3. Lucimax
  4. Spirullina
  5. Cocoa Collagen Shake
  6. Beauty Drink
  7. Botanical Herbal Drink
Read More......

Herbal Aromatherapy - Herba Sauna Sendayu Tinggi


Herbal Aromatherapy Rawatan Alternatif untuk Kesihatan dan Kecantikan


Kaedah aromaterapi membantu menghilangkan stress dan menenangkan fikiran seseorang serta dapat menyegarkan badan. Sauna juga dikatakan mampu membakar sebanyak 406 kalori dan lemak berlebihan selama 30 minit bersauna. Ia juga baik dan sebagai salah satu alternatif di dalam membuang toksin di dalam badan. Sendayu Tinggi memperkenalkan pakej Herba Aromatherapy dalam empat jenis herba yang unik. Mempunyai fungsi yang berlainan yang terdiri daripada Xitronella, Menthazil, Ethnique dan Quadrolin. Ia dihasilkan daripada gabungan herba - herba terpilih yang mengeluarkan bau daun mint yang menyegarkan dan menyihatkan tubuh badan.

XITRONELLA

merehatkan dan menyegarkan badan
Gabungan herba secara tradisional diadun menggunakan kaedah moden untuk meningkatkan kesihatan setelah seharian bekerja. Ia bertujuan untuk menyegarkan badan, merehatkan otot-otot rangka dan mengeluarkan toksin melalui perpeluhan. Hasilnya, ia dapat mengembalikan kecergasan dan kesegaran kepada penggunanya.
Produk Tambahan:

Dfolia Coffee & ST Beauty

MENTHAZIL


melegakan kesakitan
membantu mengembalikan semula kecergasan badan terutama bagi ibu-ibu selepas bersalin, mereka yang pulih dari demam, masalah sakit otot, sendi pada tulang dan membantu melancarkan kembali peredaran darah. Aromanya dapat membantu mengurangkan selesema, lebdir, kahak, resdung dan migrain apabila menghidunya.
Produk Tambahan:

Lempoyang Heat Cream & Nosygone

ETHNIQUE
mencantikkan kulit
mandian wap melalui kaedah aromaterapi ini sesuai untuk kecantikan luaran. membantu pengguna yang mengalami masalah alahan pada kulit, membersihkan tubuh dengan mengeluarkan daki dan sel-sel kulit mati serta membantu melancarkan peredaran darah agar tubuh kelihatan cergas dan bertenaga.
Produk Tambahan:


Fair n White Beauty Drink & Cocoa Collagen Shake
QUADROLIN
memecahkan lemak dan melansingkan badan
berfungsi untuk memecahkan lemak, mengembalikan kelansingan tubuh dan menyejukkan badan. Membantu kulit agar lebih halus dan menghilangkan ruam.
Produk Tambahan:


Body Contour Cream & Bio Triple Slym

Info:
  • digalakkan melakukan sauna selama 1 jam secara konsisten
  • lakukan sauna 1-2 kali sebulan
  • ia juga boleh digunakan untuk tujuan bertangas bagi wanita dalam pantang
  • setiap satu paket hendaklah digunakan semula untuk bersauna atau bertangas sehingga bau herba hilang
  • bagi yang mengalami masalah resdung, peluh yang keluar akan sedikit kehitaman.


Read More......

Malaysian Business Locations Directory