Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Cara penggunaan Set Dalam pantang Amme Complete Sendayu Tinggi

Bagi ibu yang baru bersalin, sesetengahnya akan mengalami meroyan atau keracunan darah (blood poisoning) yang merbahaya kerana ia disebabkan kotoran yang tertinggal. Virusnya akan membunuh hormon wanita yang menyebabkan kurangnya hormon estrogen dalam badan. Ia juga menyebabkan wajah menjadi pucat, lesu dan berlaku perubahan pada struktur anggota tubuh badan, haid tidak teratur serta keluar bau busuk dari alat suit. Amme Complete merupakan pakej lengkap dengan 11 produk luaran dan dalaman dengan formula terbaru memudahkan ibu moden masa kini menjalani tempoh berpantang. Dengan imej terbaru dan kini menjalani tempoh berpantang. Dengan imej terbaru dan percuma beg bayi pelbagai dengan pembelian secara pakej menjadikan set bersalin Amme Complete pilihan wanita masa kini. Ia memberikan penjagaan menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki dan menjamin kesihatan dalaman dan kecantikan luaran. Badan lebih bertenaga, langsing dan bersedia di dalam menjalani tanggungjawab sebagai isteri selepas bersalin.

Cara penggunaan yang betul penting untuk memastikan Set Amme Complete Sendayu Tinggi ini benar-benar memberikan kesan yang terbaik untuk ibu dan anak.

Langkah 1

 Ambil 2 biji kapsul 3 kali sehari selepas makan mengikut botol yang telah ditetapkan. Sekiranya bayi yang menyusu badan mengalami cirit birit  dan ruam sila kurangkan dos kepada 2 biji untuk 2 kali sehari. Sambung pengambilan dari botol pertama selepas habis pantang jika masih berbaki.


Langkah 2

Amme Massage dan Amme Heat haruslah dicampurkan untuk tujuan mengurut dan tidak perlu dibilas dengan air.

Langkah 3

Campurkan Body Tone secara tipis pada seluruh badan. Sental pada bandan seperti skrub untuk menanggalkan dai dan bau badan. Kemudian mandi dengan air suam dan lap badan hingga kering.

Langkah 4

Pakai Tummy Tone dan biarkan kering sebelum memakai Amme Corset. Bagi pengguna yang melalui pembedahan, jarakkan sapuan sebanyak 2 inci dari jahitan.

Langkah 5

Amme Heat disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin.

Langkah 6

Gunakan Menthazil untuk tujuan bertangas. Letakkan 1 paket Menthazil pada periuk bersama air yang mendidih dan duduk di atasnya selepas hari ke 20. Gunakan paket yang sama semasa bertangas untuk hari yang berikutnya sehingga bau herba di dalam paket tersebut hilang.

Langkah 7

Amalkan bersauna pada hari ke 20. Ia baik untuk melangsingkan badan, mengeluarkan peluh masam dan toksin dalam badan. Ia juga berupaya mengeluarkan darah kotor dalam rahim.

Dapatkan Hadiah Istimewa dengan setiap pembelian Set Amme Complete yang lengkap dari kami.
call/sms/whatsapp : 017 37 27 459. 


Read More......

Gincu bibir Sendayu Tinggi Glamor dengan mekap matte


Perfect Glace Lip Gloss 3gm




Pengilat bibir dengan warna kilat bersinar didatangkan dalam 6 rona warna menarik lagi seksi, terang, berkilau dengan warna gemerlap bak mutiara bersama efek 3D menjadikan bibir lembap bersinar.

RM29.00

Glam Impact Lip Color with Matte Finishing 2.8gm



Gincu bibir pusam dengan 6 warna- warna klasik yang menjadi kegemaran daripada warna lembut kepada warna terang dan berani. Penuh dinamik, tahan pudar dan kekal sehingga sepanjang hari. 


Glam Impact Lip Color with Matte Finishing 2.8gm

RM29.00

Untuk pesanan,
sila email ke admin@lavender2u.com atau sms ke 0173727459. TQ



Read More......

Double Lengthening Mascara Sendayu Tinggi


Bulu mata lebih tebal dan panjang 3 kali ganda dengan Double Lengthening Mascara

Double Lengthening Mascara 9gm
Formula terbaru baldu krim menggandakan volume bulu mata dengan sapuan tunggal. Tekstur maskara likat menyisir setiap helaian bulu mata lebih berganda dengan sekali sapuan untuk lentikan lebih semulajadi. Maskara formula baldu krim mampu merubah bulu mata dalam sekelip mata untuk impak mata lebih besar.

RM30.00


Sendayu Tinggi Eye Studio Waterproof Gel Liner 3gm



Celak mata dengan tekstur gel likat kalis air dilengkapi bersama berus untuk memudahkan aplikasi. Hadir dalam 4 variasi warna legap sebagai asas untuk pilihanmu.

RM28.00


Read More......

Pure Color Quart Eyeshadow Sendayu Tinggi


Pure Color Quart Eyeshadow 4.8gm


Pembayang mata empat rona dalam satu palet yang mudah diadun mesrakan dan serasi dalam apa jua padanan unik untuk transformasi solekan mata semulajadi sehingga berkabut. Taburannya pada kelopak mata tidak berdebu dan mudah diaplikasi.


Model memakai Pure Color Quart Eyeshadow Smoke Heater & Sugar Sky
 Terdapat dalam 20 adunan warna gemilang cantik untuk mata anda.


RM32.00

Tips!
Sapukan Eyeshadow Base diseluruh kelopak mata untuk hasil solekan yang lebih memancar. 

Untuk pesanan,
sila email ke admin@lavender2u.com atau sms ke 0173727459. TQ Read More......

Rangkaian gincu bibir sendayu tinggi

Limpahan Warna Merah dengan rangkaian gincu bibir sendayu tinggi

Golden Lip Gloss 10ml

Hebatkan senyuman dengan seulas bibir nan segar merekah dengan luncuran pengilat bibir Golden Lip Gloss dengan taburan manik halus ultra kilauan. Olesannya menjadikan bibir tampak gebu berkusyen dan diperkaya dengan pelembap.

RM24.00



Pure Shine Lipstick 3.5gm

Melimpahkan warna mewah pada bibir sambil membelai teksturnya untuk hasil merah bak delima. Diperkaya dengan pelembap dan tidak mudah kering. Tampil dengan 12 warna-warna eksotik sepadan dengan ketrampilan wanita asia.

Terdapat dalam 12 warna segar dan mewah.
 

RM30.00


Untuk pesanan, sila email ke admin@lavender2u.com atau sms ke 0173727459. Atau boleh terus order melalui portal jualan rasmi Lavender Online di sini. Read More......

Cocoa Collagen Shake - Minuman coklat berkolagen yang enak


Cocoa Collagen Shake Sendayu Tinggi - Cerah, Gebu dan Awet Muda

Kolagen semulajadi nerupakan satu sumber yang mampu memberikan wajah tegang, muda dan halus. Ia juga boleh menjadikan rambut menjadi lebat serta mencantikkan kuku dan kulit badan. Semakin meningkatnya usia, kadar kolagen akan menyusut. Tanpa pengambilan makanan tambahan seprti kolagen, wajah akan cepat kelihatan tua, kusam, gelap dan tidak anjal. Rambut pula semakin gugur dan menipis serta kuku menjadi semakin rapuh. Kini, Sendayu Tinggi memperkenalkan ekstrak kolagen yang dicampur bersama perisa koko untuk rasa yang lebih enak. Kolagen yang dipercayai kesannya sejak turun temurun di dalam membantu untuk kesan keremajaan atau awet muda. Koko pula dipercayai mampu meransang tenaga dan kecergasan sepanjang hati.

Keistimewaan Cocoa Collagen Shake Sendayu Tinggi:

  • Sebagai anti penuaan dan menegangkan kulit
  • memperbaiki struktur kulit, melembutkan dan mencerahkan kulit
  • memberikan tenaga yang lebih optima
  • melebatkan rambut
  • mencantikkan kuku
  • mengatasi masalah tumit merekah
  • mengatasi masalah kulit kering
  • mencergaskan tubuh badan sepanjang hari
20g x 10 sachets
RM26.90


Read More......

Traditional Herbal Rose Tea Sendayu Tinggi (Teh Uncang Jamu Wanita)

Campuran minuman botani Teh, Kacip Fatimah, Manjakani, Bunga Ros dan Pueraria Mirifica.
Uncang Teh Jamu Wanita

Apa itu Traditional Herbal Rose Tea Sendayu Tinggi?

Bunga ros atau mawar juga dikenali sebagai Ratu Bunga kerana ia sangat istimewa dan simbolik dalam kehidupan. Bukan sahaja keharuman, kecantikan serta nilai estetikanya tetapi ia juga mempunyai nilai teraputik dalam merawati penyakit. Pada zaman dahulu kaum Greek dan Roman menganggap bunga ros sebagai simbol kecintaan kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan. Lebih istimewa apabila ke semua bahagian bunga ros mempunyai khasiat yang tersendiri samada di bahagian kelopak, air ros, minyak pati ros dan buah bunga ros yang memberikan kesan transformatif kepada minda, badan dan pemikiran manusia.
Selain itu, minyak bunga ros kerap digunakan dalam campuran kosmetik untuk menggebu dan meremajakan kulit. Malah ia juga membantu dalam mencegah kulit berjerawat, menghaluskan kulit wajah dan mempunyai astrigen untuk mengecutkan tisu kulit. Daun dan kelopak bunga ros boleh membantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam kerana ia mengandungi laxative ringan. Bentuk yang cantik serta baunya yang harum menjadikan ratu bunga ini mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Ia juga bertindak sebagai anti radang, anti kejang pada anggota badan, penyegar, melancarkan aliran hempedu dan haid serta mampu mengurangkan rasa sakit.
Melihat keistimewaan serta keunikkan tumbuhan berbunga ini, Sendayu Tinggi (ST) telah mengambil inisiatif untuk memasarkan minuman kesihatan berherba dalam bentuk uncang gabungan teh dan perisa ros yang enak. Khasiat Traditional Herbal Rose Tea dari ST ini telah diadun dengan herba semulajadi seperti kacip fatimah (Lubisa Pumila), Manjakani, Bunga Ros dan Pueraria Mirifica yang mempunyai khasiat tersendiri. Dengan menjanjikan khasiat berganda dan kesihatan yang terbaik untuk wanita. Ia juga membantu mengatasi masalah kesihatan wanita dari dalam selain membantu melambatkan kesan penuaan, menurunkan berat badan, mencantikkan kuku, kulit, rambut dan payudara selain mengatasi maslaah sembelit serta melancarkan sistem peredaran darah dalam badan wanita. 

Keistimewaan Traditional Herbal Rose Tea Sendayu Tinggi (Teh Uncang Jamu Wanita)

  • membantu membaik pulih masalah dalaman wanita
  • dapat melambatkan proses penuaan
  • mengatasi masalah sembelit, masalah kewanitaan, senggugut dan melancarkan sistem dalaman wanita
  • menghalus, menegang dan mencantikkan kulit, rambut, payudara, kuku dan sebagainya
  • meransang pembesaran payudara
  • membantu membakar kalori bagi yang mempunyai metabolisma rendah
  • melancarkan perjalanan darah
  • melancarkan semula kitaran haid yang tidak teratur
  • meremajakan keintiman wanita
Khasiat ekstrak semulajadi

Bunga Ros
  • mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E
  • berupaya mengatasi masalah sakit kepala dan tekanan
  • melancarkan kitaran haid dan masalah rahim
  • mempunyai kadar kolestrol rendah yang dapat meningkatkan kadar HDL
  • mengatasi masalah hati dan ulser perut
  • membantu membakar kalori dan proses penghadaman
  • meredakan sakit tekak
  • merawat infeksi pundi kencing
  • menyejukkan badan (merawat demam dan selesema)
  • meransang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)

Pueraria Mirifica
  • mencantikkan, membesarkan dan menegangkan payudara
  • menganjalkan dan memantapkan punggung
  • membekalkan kolagen dalam badan
  • merawat osteoporosis dan simtom menopaus
  • anti penuaan

Manjakani
  • sebagai anti penuaan untuk tampil awet muda
  • meremajakan keintiman wanita
  • mengetatkan alat sulit wanita
  • mengatasi masalah haid berlebihan
  • membantu mencantikkan kulit, kuku dan rambut
  • sebagai anti bakteria dan mampu membantu masalah berbau di bahagian feminin wanita

Kacip Fatimah
  • melancarkan kitaran haid
  • mengatasi senggugut dan melancarkan sistem dalaman wanita
  • mengetatkan alat sulit wanita
  • meningkatkan tenaga wanita yang optima
  • menstabilkan hormon wnaita dan yang mengalami simptom awalan menopaus
Cara penyediaan:
Masukkan 1 uncang Traditional Herbal Rose Tea (Teh Uncang Jamu Wanita) dalam air panas (200ml), rendam selama 2 minit, buang uncang dan sedia diminum. Tidak perlu dicampur dengan gula.
Simptom awalan:
Bertindak dengan cepat selepas pengambilan dos pertama dan kebiasaanya akan mengalami beberapa simptom awalan dalam masa seminggu. Teruskan pengambilan Traditional Herbal Rose Tea (Teh Uncang Jamu Wanita) untuk mendapatkan khasiatnya. Antara simptom awalan:
  • Pueraria Mirifica - mengalami masalah sakit kepala, mual, muntah dan sebagainya. ( mual dan muntah jarang dihadapi).
  • Rasa sakit pada payudara.
  • Lelehan yang banyak pada vagina
Simptom adalah berbeza mengikut individu dan hanya bersifat sementara.
AMARAN: Tidak boleh diambil oleh wanita hamil dan menyusukan bayi.
15 uncang x 1 gm
RM29.90
Produk Tambahan:
  1. ST Beauty
  2. D'Folia
  3. Lucimax
  4. Spirullina
  5. Cocoa Collagen Shake
  6. Beauty Drink
  7. Botanical Herbal Drink
Read More......

Herbal Aromatherapy - Herba Sauna Sendayu Tinggi


Herbal Aromatherapy Rawatan Alternatif untuk Kesihatan dan Kecantikan


Kaedah aromaterapi membantu menghilangkan stress dan menenangkan fikiran seseorang serta dapat menyegarkan badan. Sauna juga dikatakan mampu membakar sebanyak 406 kalori dan lemak berlebihan selama 30 minit bersauna. Ia juga baik dan sebagai salah satu alternatif di dalam membuang toksin di dalam badan. Sendayu Tinggi memperkenalkan pakej Herba Aromatherapy dalam empat jenis herba yang unik. Mempunyai fungsi yang berlainan yang terdiri daripada Xitronella, Menthazil, Ethnique dan Quadrolin. Ia dihasilkan daripada gabungan herba - herba terpilih yang mengeluarkan bau daun mint yang menyegarkan dan menyihatkan tubuh badan.

XITRONELLA

merehatkan dan menyegarkan badan
Gabungan herba secara tradisional diadun menggunakan kaedah moden untuk meningkatkan kesihatan setelah seharian bekerja. Ia bertujuan untuk menyegarkan badan, merehatkan otot-otot rangka dan mengeluarkan toksin melalui perpeluhan. Hasilnya, ia dapat mengembalikan kecergasan dan kesegaran kepada penggunanya.
Produk Tambahan:

Dfolia Coffee & ST Beauty

MENTHAZIL


melegakan kesakitan
membantu mengembalikan semula kecergasan badan terutama bagi ibu-ibu selepas bersalin, mereka yang pulih dari demam, masalah sakit otot, sendi pada tulang dan membantu melancarkan kembali peredaran darah. Aromanya dapat membantu mengurangkan selesema, lebdir, kahak, resdung dan migrain apabila menghidunya.
Produk Tambahan:

Lempoyang Heat Cream & Nosygone

ETHNIQUE
mencantikkan kulit
mandian wap melalui kaedah aromaterapi ini sesuai untuk kecantikan luaran. membantu pengguna yang mengalami masalah alahan pada kulit, membersihkan tubuh dengan mengeluarkan daki dan sel-sel kulit mati serta membantu melancarkan peredaran darah agar tubuh kelihatan cergas dan bertenaga.
Produk Tambahan:


Fair n White Beauty Drink & Cocoa Collagen Shake
QUADROLIN
memecahkan lemak dan melansingkan badan
berfungsi untuk memecahkan lemak, mengembalikan kelansingan tubuh dan menyejukkan badan. Membantu kulit agar lebih halus dan menghilangkan ruam.
Produk Tambahan:


Body Contour Cream & Bio Triple Slym

Info:
  • digalakkan melakukan sauna selama 1 jam secara konsisten
  • lakukan sauna 1-2 kali sebulan
  • ia juga boleh digunakan untuk tujuan bertangas bagi wanita dalam pantang
  • setiap satu paket hendaklah digunakan semula untuk bersauna atau bertangas sehingga bau herba hilang
  • bagi yang mengalami masalah resdung, peluh yang keluar akan sedikit kehitaman.


Read More......

Minuman Dalam Pantang Sendayu Tinggi

Rahsia Kecantikan dan Kesihatan dalaman wanita


Terbaru dari Sendayu Tinggi, minuman kesihatan dan kecantikan untuk wanita dalam pantang.

Minuman Dalam Pantang Momy Gouges Biotonica 1 245ml

Campuran Minuman Botani Kurma, Kacip Fatimah, Kulit Kayu Serapat dan Manjakani.

Herba emulsi enak Minuman Dalam Pantang Momy Gouges Biotonica 1 yang tinggi khasiat herba untuk kecantikan untuk wanita sangat baik diamalkan ketika dalam pantang. Ia memberikan tenaga dalaman yang sihat, menjadikan kulit cantik dan paling berkesan mecantikkan punggung agar seksi dan mantap.

Harga Minuman Dalam Pantang Momy Gouges Biotonica 1 RM43.00

Minuman Dalam Pantang Momy Gouges Biotonica 2 245ml

Campuran Minuman Botani Kurma, Halba, Ketumbar, Jintan Manis, Bunga Lawang dan Habatus Sawda khusus untuk memperbanyakkan dan melancarkan pengeluaran susu badan dan minuman ini juga berfungsi mengembalikan tenaga anda selepas melalui proses kelahiran, menyingkir toksin dalam badan, membuang angin serta meningkatkan sistem imunisasi dan menjadikan wajah anda berseri dari dalam di samping mencantikkan kulit.

Harga Minuman Dalam Pantang Momy Gouges Biotonica 2
RM43.00

Dapatkan sekarang!! untuk pesanan sila sms ke 0173727459. Read More......

Bio Triple Slym Sendayu Tinggi Kesan Cepat 3X ganda


Pelangsingan Badan Sendayu Tinggi Bio Triple Slym 

RM44.00

Kini 13 tahun Sendayu Tinggi di pasaran dan untuk kali ke 2 Puan Rozita mncipta satu formulasi untuk dirinya yang sudah berusia lewat 40 an yang mana sukar untuknya menurunkan berat badan terutama selepas melahirkan anak yang ke 8. Ia sangat mujarab bagi dirinya walaupun sudah berusia, bagi orang yang berusia muda ia lebih cepat bertindak balas.

Punca Gemuk:
  • faktor usia, hormon, metabolisma rendah
  • tidak aktif/bersenam
  • faktor makanan yang diambil/makan tidak berjadual
  • tidak dapat mengawal nafsu makan dan jangan makan selepas jam 8 malam
  • jauhi makanan seperti durian, mangga, rambutan, santan, minyak berlebihan, susu pekat manis, kuih muih yang banyak gula, kentang, air bergas dan ais.
Bio Triple Slym mampu
  1. menyekat nafsu makan
  2. bertenaga sepanjang hari
  3. berpeluh dan senang buang air besar

Khasiat bahan utama:
Teh Hijau

  • EGCC yang terdapat di dalam teh hijau merupakan bahan utama di dalam Bio Triple Slym.
  • membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma
  • dapat menghalang hepatitis kerana ia boleh menurunkan kadar zat besi dalam badan
  • mencegah daripada diabetes kerana polifenol teh hijau dapat menurunkan kadar gulan dalam badan
Citrus Aurantium

  • memecah dan membakar lebihan lemak serta kalori
  • meningkatkan tenaga badan metabolisma
Hoodia Gordonii

  • menyekat selera makan
  • sangat baik dalam pengurangan kalori dan memberi sumber tenaga tambahan
Garcinia Cambogia

  • menurunkan berat badan, menghalang penyimpan lemak berlebihan
  • menurunkan beberapa jenis penyakit seperti kemurungan, susah tidur, migrain, kencing manis dan darah tinggi
  • cepat merasa kenyang dan dapat menurunkan berat badan dengan mudah
  • Hydroxycitric Asid (HCA) pada buah Garcinia Cambogia berkesan menghalang pembentukan lemak dan mengaktifkan sistem badan dan menukarkan karbohidrat kepada tenaga
untuk membuat pesanan boleh terus ke website lavender online Read More......

Malaysian Business Locations Directory