Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Pn. Rozita Ibrahim adalah simbol usahawan berjaya

Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju hingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang besar. Sematan pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat" meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwanya. Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Jika dahulu beliau hanya mampu menangis dan berdoa, sifat semulajadi wanita, tetapi kini ikhtiar,ikhtikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belengu. Inilah yang cuba Rozita sampaikan kepada wanita lain dan tidak salah jika kita mempunyai semangat kental yang sama seperti beliau.

Sebelum bergelar usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Ita, terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Beliau yang kini hampir mencecah umur 40 tahun telah berpisah dengan suami dan alami perkahwinan dan penceraian yang menyakitkan. Beliau menamatkan zaman gadis dalam usia terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Dalam usia itu, Rozita tidak berpeluang memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak dihabiskan untuk keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang. Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bilamana terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak kedua pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. Sayangnya arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat rawatan terbaik.

Keputusan berpisah dengan suami pertama menyebabkan dia dipulaukan oleh keluarga. Justeru itu, dia membawa diri ke kota dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung empat orang anaknya. Operator pengeluaran, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran dan pekerja di syarikat jualan langsung pernah dijawatnya. Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita kental. Baginya, keperitan dan penderitaan hidup adalah "buah tangan" termahal dijadikan landasan untuk terus melangkah. Barang kemas yang sedikit sebanyak terpaksa digadaikan sebagai modal. Akhirnya bermodalkan RM400, dia memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula.

Jika diajak berbicara mengenai ibu tunggal, pada mulanya saya tidak yakin dengan status ini namun anak-anak menjadi iltizam hidup saya untuk terus berdiri. Saya bangun dan berjanji menjadi ibu dan bapa yang baik buat anak-anak saya. Oleh kerana dahulu saya kekurangan limpahan kasih sayang namun saya belajar dari pengalaman dan kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan saya dan empat orang anak saya sekarang. Kejayaan saya kini berdasarkan kepada kekuatan prinsip dan sentiasa mahu memperbaiki diri.....itulah visi hidup saya. Tanpa visi dan prinsip, maka tiada apa yang boleh dimegahkan dalam peribadi diri.

Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang kian popular, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi yang dahulunya Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya. Jumlah pengedar beliau lebih dari 2000 orang termasuk di Brunei dan Sigapura. Bukan setakat perniagaan menjual herba semata namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat dengan berkongsi pelbagai petua kecantikan , pantang larang, kebahahgiaan rumahtangga serta membina keyakinan diri untuk wanita. Puteri sulungnya juga turut mempunyai syarikat sendiri dalam bidang tekstil. Apabila disentuh dengan matlamat dalam perniagaan, Rozita menjelaskan:

Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua, dan anak yatim. Bagi saya itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat, wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.

KAREKTOR

Sejak kecil tidak pandai duduk diam.
Dalam erti kata lain agresif

Suka berfikir dan mencari
idea-idea yang mencabar

Suka buat kejutan dan membuktikan
bahawa, Jika orang lain tak boleh, saya boleh.

Tiada apa yang tak menjadi
sekiranya tidak mencuba

Sumber: sendayu-tinggi.com


Search keywords that bring user here...
produk skin care
latar belakang sendayu tinggi
sendayu tinggi collagen
sendayu tinggi jeragat
soy collagen sendayu tinggi
sendayu tinggi product
sendayu tinggi untuk lelaki
rozita sendayu tinggi
syarikat sendayu tinggi sdn bhd
sendayu tinggi payudara
harga breast pump
penjagaan badan dan muka
product sendayu
sedayu tinggi
sendayu tinggi ammy 60 days
sendayu tinggi slimming
bengkung sendayu tinggi
sendayu tinggi product

4 comments:

  1. askum kak ita.sy ibu kpd 4 org anak.perkahwinan kami baru mencecah 6thn ogos ini.sy xberani komen apa apa mengenai produk akak.sy sedang mengguna syncro energy.botol pertama maybe seminggu lg akan habis.sy merasa spjg guna ada denyutan tp pd sebelah kiri shj.mengapa?sebelum khawin sy mengguna saiz 32a penuh dan padat.tp skrg sy mengguna saiz yg sama tp longgar.breast sy menjd kecil dan kendur.sy telah rugi 2k membuat massage treatment tp tiada kesan walau seinci.menitik airmata sy bila suami menegur perbezaan breast sy.bantu la sy kak.apa jaminan yg akak boleh beri jaminan pada saya jika sy meneruskan produk akak.dan berapa lama sy boleh nmpk kesan dr produk akak.

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam..

    pertama sekali sy nak betulkan..website/blog ini bukan lah kepunyaan Puan Rozita tetapi dimiliki oleh sebuah syarikat menjual produk Sendayu Tinggi secara online iaitu Lavender Online.

    Penggunaan syncro energy secara konsisten dan berterusan akan menampakkan hasil. tetapi puan digalakkan menggunakan st breast cream dan breast pump utk hasil yg lebih cepat.

    ReplyDelete
  3. Assalam adek...

    Apakah caranya utk dpt berbicara terus dgn Puan Rozita Ibrahim?

    1. Sebab Peribadi berkahwin at 53th...dah berusaha utk dpt
    anak lelaki sebagai BAKA - Ulamak Se Himalaya. Amin

    2. Nk berbincang tentang tntng Rumah Org Tua yg menggunakan nama ISLAM tetapi di miliki oleh Bukan Islam. Tempat nye begitu teruk kerana mereka hanye memungut hasil Badan Kebajikan utk Kekayaan sendiri serta ramai anak2 Islam mencampakkan Ibu Bapa mereka di sini tanpa menjengoknye. AMAT PILU dan SAYU sekali. ini satu JIHAD semua Muslim.

    PLEASE ASSISST ...

    -nuun-

    nunwauro@gmail.com | rofeah@mmu.edu.my
    017-6761249
    FB : gogeousnuun

    ReplyDelete
  4. asalamualaikomm saya adam..nama adam confrm la jantan kan
    adam mmg amalkan produk nie sejak fist stokis di klangg pastuuu naik happy gile sebab stokiss dibuke depan pertama complex Kl..sampai akak2 cun dlm tahu kenal muke adam..adam biase beli set slimming bukan nk slimm pun tp produk herba bagus utk ketahana imun dan kesihatan..pastu amalakn arrow dari tablet ke kopii pehhh ...pastu beli gingko,spirulina..duit berhabis sihat tkde masalah,,,walaupun masih studentttt..ramai org buyi cm awekk beli produk sendayu tinggi...sebelum adam ambil adam buat reachh herba dalam produk niee...mmg terbaik..susah nkdapat ade kn inport luar negara...patutla berkualitii..ramai gak org kutuk cm awek ambil produk nie...adam buktikan aku beli bukn utk cantikk utk sihatt telah dibuktikan byk perkara...kalo aktiviti lasakk...membe lain demam kebahh terokk..lebam kaki kalo terjatuh..terseliuhh sampai sakit mate..tp adam tidak SIHATT MEGOO itu kuasa Allah dan kelebihan sendayu tinggi...bermula 2002 adam amalkan tkputus kesanye mmg terbaik menakjubkan....adam now keje biomedical masih pcaya produk herba dr ubatan moden yg sebenarnye ade efek pd badan kite,,,ramai kwn2 pelik tgk adam sakit tkamalkan PCM UBAT BATOK ANTIBIOTIK...adam lebih utamakan herbaa..ini lah 12 tahun..adam masih cm niee...ce teka berapa umor adam? ramai tkcaya ,trbaru terkena" budak junior UKM,ambil kos ape" hihihihi sedangkan kite singgah makan cafe UKM jee itulah kuasa HERBA SENDAYU TINGGi..
    adamadhan@gmail.com

    ReplyDelete

Malaysian Business Locations Directory